Kebenaran Merancang (KM)
Sumber : JPBD Selangor
dan hendaklah mematuhi syarat-syarat kebenaran yang telah diberikan kepadanya.
Tafsiran Kebenaran Merancang
Merujuk kepada subseksyen 2(1) Akta 172, kebenaran merancang ditakrifkan sebagai ‘kebenaran yang diberikan, dengan atau tanpa syarat, untuk menjalankan pemajuan’. “Menjalankan pemajuan” disini bermaksud, sebarang tindakan pembangunan termasuk kerja-kerja yang memerlukan kelulusan di bawah lain-lain Akta.
Larangan Mengenai Pemajuan Tanpa Kebenaran Merancang
Keperluan bagi mendapat Kebenaran Merancang adalah diperuntukkan di bawah Seksyen 19(1), Akta 172 iaitu:
“Tiada seorang pun, lain daripada pihak berkuasa tempatan, boleh memula, mengusaha atau menjalankan apa-apa pemajuan melainkan ebenaran merancang berkenaan dengan pemajuan itu telah iberikan kepadanya di bawah Seksyen 22 atau dilanjutkan di bawah Seksyen 24(3)”.
Semua pemajuan hendaklah memperolehi kelulusan kebenaran merancang daripada Pihak Berkuasa Perancang Tempatan. ika pemajuan dijalankan tanpa kebenaran merancang atau pemajuan dijalankan berlawanan dengan kebenaran merancang, pemunya boleh disabitkan kesalahan di bawah Sekyen 27 dan Seksyen 28 Akta 172. Hukuman yang boleh dikenakan adalah mengikut Subseksyen 26(1), iaitu denda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Sumber : JPBD Selangor
...kebenaran yang diberi, dengan atau tanpa syarat, untuk menjalankan pemajuan...
Sesiapa yang hendak melaksanakan pembangunan hendaklah memperolehi kebenaran merancang dari Pihak Berkuasa Perancang Tempatan terlebih dahuludan hendaklah mematuhi syarat-syarat kebenaran yang telah diberikan kepadanya.